Sunday, 9 June 2013

PELAKON Diana Danielle sudah bersedia untuk berkongsi perkhabaran gembira dengan para peminatnya di tanahair. Diana yang berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu dilaporkan selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Sydney, Australia pada akhir Mei lalu.
Memetik laporan berita Kosmo! Online, Diana yang ketika ini menyambung pelajaran di dalam Sarjana Muda Asas dan Rekaan di University of Sydney khabarnya bersalin di sebuah hospital berdekatan kediamannya di kota tersebut.
Heroin filem ‘Magika’ itu mengahwini aktor dan pengarah filem, Farid Kamil pada November tahun lalu. Susulan majlis resepsi mereka, pasangan ini mengumumkan berita tentang kehamilan Diana tidak lama sebelum dia membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Sydney.
Farid yang kini dipercayai berada di Sydney untuk bersama dengan isteri tercinta dan putera sulung mereka telah berbesar hati berkongsi sekeping gambar dengan permata hatinya buat tatapan peminat di laman Facebook peribadinya pada petang Ahad.
Walaubagaimanapun, usaha Yahoo! Malaysia untuk mendapatkan komen daripada pasangan ini gagal. Sekalung tahniah diucapkan kepada pasangan yang baru sahaja melangkah ke dunia baru dan pertama kali bergelar ibu ayah.
Kredit gambar: Facebook Farid Kamil
KLIP video Keek ini merupaka  titipan terakhir yang dimuat naik oleh Farid ketika mengusik isterinya yang sarat mengandung menyediakan roti paratha di kediaman mereka di Sydney. Klip selama 36 saat itu dimuat naik lebih sebulan yng lalu.

1 comment:

  1. Website bandar q dan dominoqq paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :)
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker maupun domino qq

    Agen Poker pkv
    IDNPLAY
    Situs Judi Poker Online Terpercaya
    Situs Judi Poker Online Pkv
    Bandar q
    Bandar Poker Online
    Poker Online Terpercaya
    Agen Poker Online Terpercaya
    agen poker pkv
    agen poker online

    ReplyDelete