UNTUK SEMUA WARGA JERANTUT KHUSUS NYA MEMBERS CLUB DON'S
Assalamualaikum ,selamat menjenggok ke blog ini .
Sunday, 9 June 2013
PELAKON Diana Danielle sudah bersedia untuk berkongsi perkhabaran
gembira dengan para peminatnya di tanahair. Diana yang berdarah kacukan
Melayu-Inggeris itu dilaporkan selamat melahirkan seorang bayi lelaki di
Sydney, Australia pada akhir Mei lalu.
Memetik
laporan berita Kosmo! Online, Diana yang ketika ini menyambung
pelajaran di dalam Sarjana Muda Asas dan Rekaan di University of Sydney
khabarnya bersalin di sebuah hospital berdekatan kediamannya di kota
tersebut.
Heroin filem
‘Magika’ itu mengahwini aktor dan pengarah filem, Farid Kamil pada
November tahun lalu. Susulan majlis resepsi mereka, pasangan ini
mengumumkan berita tentang kehamilan Diana tidak lama sebelum dia
membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Sydney.
Farid
yang kini dipercayai berada di Sydney untuk bersama dengan isteri
tercinta dan putera sulung mereka telah berbesar hati berkongsi sekeping
gambar dengan permata hatinya buat tatapan peminat di laman Facebook
peribadinya pada petang Ahad.
Walaubagaimanapun,
usaha Yahoo! Malaysia untuk mendapatkan komen daripada pasangan ini
gagal. Sekalung tahniah diucapkan kepada pasangan yang baru sahaja
melangkah ke dunia baru dan pertama kali bergelar ibu ayah.
Kredit gambar: Facebook Farid Kamil
KLIP video Keek
ini merupaka titipan terakhir yang dimuat naik oleh Farid ketika
mengusik isterinya yang sarat mengandung menyediakan roti paratha di
kediaman mereka di Sydney. Klip selama 36 saat itu dimuat naik lebih
sebulan yng lalu.
Subscribe to:
Comments (Atom)